Wednesday, March 19, 2008

KAEDAH KACA PENGLIHATAN (SIGHT GLASS)


Ianya juga lebih dikenali sebagai ‘gauge glass’
Merupakan salah salah satu cara pengukuran paras cecair.
Digunakan pada pengukuran tangki atau bekas.
Peralatan kaca lihat terdiri daripada tiub kaca yang disambungkan pada bahagian bawah tangki.
Bendalir yang berlainan juga boleh digunakan dalam bahagian kaca bagi mendapatkan ukuran dalam tangki.


Cara operasi
BAGI PENGKURAN TANGKI TERBUKA, kaca penglihatan akan disambugkan pada dinding luaran sebuah tangki di bahagian bawah. Gambarajah A dibawah menunjukkan kaca panglihatan yang digunakan pada tangki terbuka. Ini akan menghasilkan bacaan pada skala dimana bacaan akan tertera berdasarkan aras cecair yang setara dengan kaca penglihatan.Bacaan takat dalam kaca akan berubah sekiranya perubahan takat bendalir dalam tangki turun atau naik. Oleh itu, pengukuran dapat dibuat dengan melihat ukuran pada skala. Oleh, ralat dalam pembacaan perlu dielakkan bagi mendapatkan bacaan yg jitu.


BAGI PENGUKURAN DIBAWAH TEKANAN ATAU VAKUM, kaca perlu disambung pada bahagian atas tangki sama seperti bahagian di bawahnya. Jika sekiranya tekanan yang terhasil pada kaca penglihatan berbeza dengan tangki, ini menandakan bacaan itu kurang tepat atau salah.
Dalam pemasangan jenis ini, tiub gelas akan ditutupi dengan rerumah disamping terdapat dua injap yang berfungsi bagi memisahkan tangki dengan kaca lihat.
Ianya adalah untuk tujuan keselamatan sekiranya berlaku kebocoran atau kaca lihat yang pecah .
Injap yang terdapat dibahagian bwaah tangki juga digunakan bagi tujuan pembersihan.


BAGI PENGUKURAN KACA PENGLIHATAN BERTEKANAN TINGGI, berdasarkan gambarajah B pengukuran perlu dilakukan dengan melihat skala pada rerumah.
Kaca lihat perlulah mempunyai ciri keselamatan yang tinggi bagi mengelakkan kemalangan kerana tekanan yang terdapat dalam tangki amat tinggi
Tiub ini juga perlulah mempunyai diameter dalam yang kecil dan tembok yang tebal.
Julat
Penggunaan tolok jenis ini tidak melebihi piawaian yang telah ditetapkan iaitu tidak lebih dari 900mm.
Dua atau lebih kaca penglihatan digunakan jika kadar ketinggian tangki melebihi 900mm.
Ianya dapat menerima tekanan steam 350 psi pada 252 ºc (atau 500ºF) atau 1000 psi tekanan cecair.


Keburukan
Ketepatan bacaan adalah bergantung pada kebersihan kaca.
Tolok bertindih diperlukan untuk mengukur ketinggian yang lebih.
Kerap berlaku sumbatan pada kaca penglihatan dengan peggunaan bendalir yang mempunyai kelikatan yang tinggi atau benda asing.
Memandangkan kaca penglihatan berada pada permukaan luar tangki, keupayaan mambeku bendalir dalam tiub adalah tinggi pada keadaan sejuk walaupun bahagian dalam tidak berubah.


Kebaikan
Bacaan dapat dianalisis serta merta.
Ciri binaan yang istimewa yang boleh digunakan pada 361 ºc dan 10000 psi .
Dapat mengelakkan hakisan dan rintangan dengan penggunaan bahan selain dari kaca.
Rujukan : industrial instrumentation and control.

No comments:

cit chat....

peta ipoh-perak