Sunday, March 16, 2008

SISTEM PENYEJUKAN MAMPATAN



SISTEM PENYEJUKAN MAMPATAN

Prinsip penyejukan mengamalkan prinsip pengaliran haba pendam pada keadaan jirim.

Bahan pendingin yang biasa digunakan dalam sistem penyejukan mampatan ialah R12 atau R22. Ini adalah kerana ianya tidak brtindakbalas dengan logam

Dalam keadaan biasa, bahan ini berbentuk gas tetapi ia bertukar menjadi cecair apabila berada dibawah tekanan tinggi.

Kitaran ini melibatkan penggunaan komponen:

pemampatan
pemeluwapan
injap pengembangan
penyejatan

1.Pemampat
· Pemampatan merupakan proses pengepaman bahan pendingin ke seluruh kitaran penyejukan.
· Bahan pendingin masuk kedalam alat pemampat dan bertukar dalam bentuk gas bertekanan rendah.
· Apabila tekanan diberikan, suhu didih akan naik dan menukarkan gas bertekanan rendah kepada gas bertekanan tinggi.
· Ini menyebabkan bahan pendingin bertukar daripada wap kepada cecair.

2.Pemeluwap
· Fungsi utama pemeluwap ialah untuk membuang haba yang diserap penyejat.
· Ianya diperbuat dalam satu bentuk gegelung, plet yang luas dengan sirip atau tanpa sirip membuang haba dari melamui peredaran udar biasa.





3.Injap Pengembangan.

Mengawal jumlah bahan penyejuk yang patut masukke penyejat.
Tiga jenis injap kawalan yang biasa digunakan seperti tiub kapilari, peranti pengembangan automatik, peranti pengembangan laras suhu



4.Penyejatan.

Komponen yang menyerap haba persekitaran. Diperbuat dari tiub tembaga berbentuk gelung dan bahan penyejuk mengalir melaluinya
. Gegelung penyejat biasanya disimpan disekitar atau berhampiran ruang atau bahan yang perlu untuk disejukan.



Kesimpulan
Terdapat ralat paralaks semasa pelajar mengambil bacaan .Ianya juga menjadi factor utama bacaan yang diprolehi tidak tepat.
Tetapi , suhu yang diperolehi masih boleh diterima kerana suhu ini mempunyai nilai beza yang kecil dari suhu yang sepatutnya.
suhu yang diperolehi berbeza dengan suhu sebenar, ini kerana suhu awal jangkasuhu yang digunakan tidak sama.
Suhu yang diperolehi juga dipengaruhi suhu persekitaran sesuatu tempat.
Kelajuan kipas juga memainkan peranan penting dalam nilai suhu yang diperolehi pada dry dan wet bulb
Jangka masa yang diambil untuk keenam-anam ujikaji ini mempengaruhi nilai suhu pada dry dan wet bulb


RUJUKAN
"http://ms.wikipedia.org/wiki/Wap_air

No comments:

cit chat....

peta ipoh-perak