Friday, March 14, 2008

penyaman udara-Industrial -air conditioner laboratory unit.



Difinasi penyaman udara
-Merupakan proses perawatan dan pengawalan udara pada sesuatu ruang tertentu(ruang tertutup)
-Rawatan yang dimaksudkan adalah dari segi mekanikal yang mana akan dilakukan kepada suhu, kelembapan, kebersihan pengagihan udara dan permbaharuan udara.



Perbazaan sistem penyejukan dan penyaman udara

Penyaman udara
Merupakan aplikasi bagi sistem penyejukan
Adalah ditakrikan sebagai sebuah kawalan bagi sistem pergerakan udara, kadar kelembapan perubahan suhu dan kebersihan pada sebuah raung yang tertentu.

Sistem penyejukan
Asas Pemampatan wap dibentuk untuk menyejuk persekitaran melalui pendedahannya kepada satu cecair didih yang sejuk.
Merupakan sistem yang diperlukan bagi menghasilkan suhu bagi sesuatu ruang.
Ianya merupakan aplikasi yang perlu bagi mendinginkan sesuatu ruang.



Sifat-sifat sistem penyejukan
Dapat menyingkirkan haba
-Memberikan keselesaan kepada pengguna dimana suhu sesuatu ruang dapat ditukarkan mengikut kehendak manusia.(air-cond)
Dapat mengurangkan bau busuk dan kadar pembiakan bakteria
–jangka hayat makanan dapat ditingkatkan.
Penukaran suhu
-dapat menghasilkan ais daripada pembekuan air.
Penyimpanan bahan
-dapat menyimpan darah manusia pada suhu yang sesuai iaitu -5 darjah celsius hingga -7 darjah celsius.


Takrifan penyaman udara
Udara kering
-udara kering merupakan udara yang tulin.
-adalah merupakan udara yang tidak mengandungi wap air atau mana-mana pencemaran.

Udara lembap
-merupakan udara yang tidak mengandungi mana-mana pencemaran.
-ia mengandungi astu campuran wap air dan udara kering.

Kelembapan tentu
-unit yang biasa digunakan adalah dalam per kg bagi udara kering.
-merupakan berat wap air yang bercampur dengan unit jumlah udara kering.

Suhu bulb kering dan suhu bulb basah
1. suhu bulb kering
-suhu udara yang diukur dengan termometer biasa dinamakan suhu bulb kering.
2. suhu bulb basah
-suhu yang diukur dengan 1 termometer dimana mentolnya perlu disaluti sekelilingnya dengan menggunakan kapas basah. Kapas yang digunakan hendaklah dibasahkan dengan menggunakan air suling atau air tulen.
-suhu bulb basah merupakan pengukuran bagi kadar kandungan kelembapan dalam udara apabila dibandingkan dengan suhu bulb kering bagi udara yang sama.

Carta psikometri
-merupakan carta(rajah 14.13.2) yang dilukis bagi mengira bilangan sifat air seperti suhu mentol kering, suhu mentol basah, berat bagi wap pada suhu yang berbeza-beza dikirakan dalam kg/kg bagi udara kering,isipadu tentu bagi udara dan campuran lembapan, eltalpi bagi udara dan kelembapan nisbi.

Entalpi
-entalpi adalah merupakan jumlah haba yang dimiliki oleh sesuatu udara lembapan dan wap air
-jumlah haba ini yang dimaksudkan ini, mengandungi haba deria bagi udara dan haba pendam bagi wap air yang wujud dalam udara.

Pecahan kekeringan
juga dikenali sebagai kualiti
merupakan satu sifat intensif yang dipunyai oleh bahan kerja dua fasa iaitu fasa campuran atau fasa cecair-wap.
Percahan kekeringan juga merupakan sesuatu keuantiti fizikal.Ia ditakrifkan sebagai nisbah jisim wap kepada jumlah jisim bendalir(iaitu campuran jisim cecair dan jisim wap).
Simbol yang digunakan bagi parameter ini adalah x.

Kelembapan relatif
-nisbah kecenderungan tekanan wap kepada ketepatan tekanan wap itu pada suhu yang sama di dalam udara campuran wap air.



Peratus kekeringan
-kualiti kerja sesuatu bendalir boleh dinyatakan dalam bentuk peratus.Sekiranya nilai kualiti suatu bahan kerja sama dengan sifar peratus, maka sistem tersebut mempunyai bendalir kerja dalam keadaan cecair tepu.Ini sama dengan keadaannya dengan kualiti berndalir kerja yang bernilai sifar @ x=0.Jika nilai kualiti 100º/º sistem tersebut mempunyai bendalir kerja berkeadaan wap tepu yang bermakna bahan pecahan kekeringannya bernilai satu @ x=1.


Komponen penting di dalam penyaman udara

  • Pemampat
-adalah proses pengepaman bahan pendingin ke seluruh kitaran penyejuk.

  • Pemeluap
-digunakan untuk membuang haba

  • Penyejatan-
-merupakan proses penyejatan haba pendam .Cecair yang bertekanan rendah yang sejuk dialirankan kepada alat penyejat.

  • Suiz /kawalan larasuhu
-merasai uhu bagi bahan(persekitaran yang diperlukan) unutk disejukkan .

2 comments:

Unknown said...

Hi There,

Beware of one of the most important facts is research shows that some split system air conditioner unit air conditioners are known to using up more electricity than your typical type.

Regards,

Grady L. Oliver said...

At the base of exterior walls, where the foundation and the bottom plate and sill plate meet, a component of a stucco-surfaced wall called a weep screed is applied.

cit chat....

peta ipoh-perak