Wednesday, March 19, 2008

relay-geganti


MAKSUD RELAY


Relay merupakan salah satu komponen output yang banyak digunakan pada
industri automotif, peralatan elektrik dan banyak lagi.


Relay berfungsi untuk menghubungkan atau memutus aliran arus elektrik
yang dikawal dengan memberikan tegangan dan arus tertentu pada
koilnya.


Relay merupakan peranti elektronik yang berfungsi seperti suis.
Binaan di dalam relay terdiri dari struktur mekanikal seperti satu
suis. Untuk menggerakkan suis tersebut, satu gegelung yang bertindak
sebagai magnet (elektromagnet) menggerakkan struktur suis di dalamnya.
Jadi, apabila terdapat daya magnet yang dihasilkan dari pengaliran
arus seterusnya menghasilkan daya elektromagnet, ia kemudian menarik
plat suis di dalam relay tersebut. Tindakan tersebut menyebabkan plat
yang ditarik menyentuh kepada terminal yang lain. Proses tersebut
boleh disamakan dengan satu suis slide dua hala.


Relay terdapat 5 kaki. Dua kaki untuk disambungkan ke terminal voltan
bagi menggerakkannya. Tiga kaki lagi untuk keluaran, sebagai suis.
Tiga kaki yang bertindak sebagai suis mempunyai tiga nama yang biasa
digunakanpada mana-mana relay. Antara nama tersebut adalah NO
(normally open), NC (normally close) dan C (center). Ketiga-tiga nama
ini sebenarnya terdiri dari dari asas satu suis dua hala. Simbol C
adalah tengah, iaitu terminal tengah yang mesti disambung dan perlu
digunakan untuk penyambungan dengan litar lain.NC adalah kedudukan
suis pada keadaan sediakala adalah bersentuhan dengan C. Jika diukur
keterusan antara C dan NC dengan multimeter pada julat OHM, terdapat
bacaan atau meter akan naik. Bermakna, C dan NC terdapat sambungan.
NO adalah terminal yang pada keadaan asalnya tiada sentuhan dengan
mana-mana terminal. Jika diukur dengan multimeter pada julat Ohm
antara NO dengan C, tiada bacaan ditunjukkan. Bermakna NO tidak
bersentuh dengan C.


OPERASI RELAY


Sesebuah relay mula beroperasi apabila litar lengkap terjadi iaitu
dimana arus elektrik yang dibekalkan melalui ke gegelung dan
seterusnya teras besi akan menjadi magnet disebabkan oleh bekalan arus
mengelilinginya yang di bawa oleh gegelung atau koil. Teras besi yang
menjadi magnet akan menarik bilah spring yang asalnya normally close
menjadi normally open. Setelah bekalan diputuskan kemagnetan pada
teras besi akan hilang dan akan menyebabkan bilah spring akan menjadi
normally close kembali disebabkan oleh spring yang menarik bilah
spring.


JENIS-JENIS RELAY


a.Polarized relay


Menggantikan angker diantara kutub pada magnet untuk menambahkan daya
tindak balas.
Digunakan didalam pertengahan 20th century penukaran telefon untuk
mengenalpasti kelemahan unjuran.


b.Reed Relay


Mempunyai satu set hubungan di dalam vakum yang mana akan melindungi
hubungan terhadap kerosakan atmosfera.
Hubungan tersebut yang dekat dengan kawasan magnet akan menjana arus
elektrik yang terus melalui ke koil yang mengelilingi tiub kaca.


c.Mercury-wetted Relay


Mempunyai bentuk yang hampir sama seperti 'Reed Relay' yang mana
sesentuh dibasahkan oleh mercuri.
Geganti ini digunakan pada suis yang mempunyai voltan rendah kerana
rintangan sesentuh yang rendah, atau digunakan untuk mengira laju dan
masa dimana berlaku pantulan pada bahan mercury.
Geganti ini sangat sensitif dan mesti dijaga dengan rapi kerana toksid
bertindak balas dengan cecair mercuri.
Ia hanya sesuai untuk peralatan baru.
d.Contactor Relay


Mempunyai ketahanan yang tinggi dalam sistem suiz motor elektrik dan
beban yang ringan.
Dengan arus yang tinggi kontraktor relay akan menghasilkan hubungan
yang bersih.
Tidak dapat dihindarkan kesejukan yang akan menyebabkan hubungan
tersebut kepada teroksida dan silver oksida masih penebat yang baik.
Ini selalu digunakan dalam stater motor.
Stater motor ialah sebuah kontraktor yang akan memberikan perlindungan
beban yang berlebihan pada sesebuah alatan.
Sebuah peralatan yang peka kepada beban berlebihan ini akan
menghasilkan bentuk panas dan akan menyebabkan coil panas dan
mengelupas.


e.Buchholz Relay


Merupakan satu alat keselamatan deria kepada bateri gas di dalam
kawasan medan minyak janakuasa.
Apabila penggera akumulator menjadi perlahan, gas akan berhenti dan
mengembang dengan cepat di dalam minyak.


f.Force-guide Relay


Mempunyai hubungan dengan mekanikal.
Apabila gegelung bertenaga atau tidak bertenaga, semua bahagian akan
bergerak atau berubah
Jika satu sentuhan geganti tidak bergerak, tidak ada sentuhan lain
akan bergerak membenarkan litar menyemak status geganti.


g.Machine tool Relay

Standard yang digunakan dalam industri kawalan,peralatan mesin, mesin
pemindahan dan lain-lain.
Boleh ditukar kepada normaly open kepada normaly closed.
Diperlukan oleh automasi (pemasangan)

4 comments:

John Mechanical Engineering said...

Awesome Dude.... Ur Blog Really give info for us.. keep it up with more technical info..

Thanks to blogger..

aid said...

@Anonymous: tq

Unknown said...

Bolehkah sya gunakan relay untuk control 2 litar led.. sebelum relay switch on litar led 1(com- nc) bernyala dan litar led 2 tidak menyala (com - no).. selepas relay switch on litar led 1 (com-nc) tidak menyala manakala litar led 2 (com-no) menyala? Nak buat gimik perasmian sekolah

Unknown said...

Bolehkah sya gunakan relay untuk control 2 litar led.. sebelum relay switch on litar led 1(com- nc) bernyala dan litar led 2 tidak menyala (com - no).. selepas relay switch on litar led 1 (com-nc) tidak menyala manakala litar led 2 (com-no) menyala? Nak buat gimik perasmian sekolah

cit chat....

peta ipoh-perak